Tuesday, July 23, 2013

Tidur & Rehat

Tidur tersangatlah penting kerana badan kita memerlukan rehat.  Rehat bagi tubuh kita adalah tidur.  Tidur pada waktu yang normal biasanya antara 6 jam sehingga 8 jam sehari semalam (bergantung pada tahap umur & kesihatan).  Pada tempoh ini berlakunya banyak proses biologikal terutama detoksifikasi atau penyingkiran  toksin daripada abdomen-abdomen tertentu.  Bayangkan jika kita tidak tidur, maka tiadalah toksin yang disingkirkan.


 
9mlm - 11mlm
Masa yang sesuai untuk badan membuang segala toksin.  Pada masa ini, kita seharusnya berada dalam keadaan yang berehat.
 
11mlm - 1pg
Proses detoksifikasi berlaku dalam hati dan proses ini berlaku semasa kita sedang tidur.
 
1pg - 3pg
Proses detoksifikasi berlaku dalam hempedu yang juga semasa kita sedang nyenyak tidur.
 
3pg - 5pg
Proses detoksifikasi berlaku dalam paru-paru dan biasanya pada waktu ini ada sesetengah orang akan mudah terbatuk.
 
5pg - 7pg
Proses detoksifikasi berlaku dalam usus besar pula berlaku.
 
7pg -9pg
Penyerapan nutrien dalam usus kecil.  Pada masa ini kita seharusnya mengambil sarapan pagi.  Sarapan juga penting bagi permulaan pagi yang ceria.    


Technorati Tags: Tidur, Rehat, Bio Velocity, Detoksifikasi, toksin.

No comments:

Post a Comment